Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Thursday, August 27, 2009

Islamic Book Store

Macam2 perkembangan HPA nie..xsabar nak pegi Bandaraya HPA
Ini adalah gambaran suasana Islamic Book Store HPA. Terdapat pelbagai koleksi Al-Quran, buku-buku agama, buku-buku berkaitan HPA seperti buku pengetahuan produk, Inilah jalan kami, Inilah pegangan kami dll, majalah-majalah, buku kanak-kanak, alatulis dan didalam book store ini juga terdapat kiosk HPA.

Wajah Baru Wahdah

Sungguh comel la wahdah nie..belom beli da tersenyum2..da beli,lagi laaa..

Saturday, August 22, 2009

~Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan~

Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Datang Bulan Ramadhan..

Bulan Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Manfaatkanlah setiap masa di bulan Ramadhan ini dengan melakukan ibadah kepada Allah, bersedekah dan melakukan perkara-perkara yang baik. Moga kita tergolong bersama orang-orang yang diredhai Allah,amiin.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Bersama kita leburkan kekhilafan. Semoga dengan berpuasa mempertemukan kita dengan keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah.

Duhai Ilahi..
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

"MARHABAN YAA RAMADHAN"

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling baik untuk melakukan program detox kerana puasa itu sahaja sudah banyak menolong tubuh menyingkirkan bahan buangan beracun. Jika ditambah dengan pelbagai herba lagi ia akan menjadikan tubuh benar-benar sihat.

Amalkanlah herba-herba HPA ini. InsyaAllah dapat memberi tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan kita sepanjang berpuasa.

  • Kopi Radix
  • Cereal Radix
  • Spirulina
  • Kopi Diet
  • Koko Radix
  • Minyak Zaitun
  • Omega 3 dan lain-lain lagi

Iklan Radix Koko di TV9

Kiosk HPA pertama di Hotel De Palma Ampang!!

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 20 Ogos 2009, kiosk pertama HPA telah dibuka dengan rasminya di ruang legar Hotel De Palma Ampang.

Majlis perasmian yang dihadiri lebih 150 orang di dewan utama hotel tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohamad Faisol Abdul Rahman.

Inilah antara gambar-gambar yang telah dirakamkan buat tatapan anda semua..:)
Hotel De Palma Ampang merupakan hotel pertama yang ingin mengamalkan syariah dalam pengurusannya. Semua makanan yang disediakan di hotel ini terjamin halal dan bersih. HPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hotel De Palma Ampang atas kesudian dan kepercayaan mereka membenarkan pembukaan kiosk produk halal HPA di lobi hotel. Kita berharap agar usaha murni ini dapat dicontohi oleh hotel-hotel lain.
Semoga lebih banyak kiosk seperti ini akan dibuka..Amiin..HPA boleh!!

HPA City RM100 juta di Shah Alam


HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.
Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA
  • Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai
  • Pemegang kad diberi layanan VIP
  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.
  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan
  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.

Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA berikut menerima HPA VIP CARD:-

  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
  • RADIX ORIENTAL CUISINE
  • RADIX CHICKEN HOUSE
  • RADIX BAKERY HOUSE
  • EL ZAHRAA HOTEL
  • JAWI HOMESTAY
  • PUSAT PERABOT PJS
  • TOHARAH DOBI
  • HPA ILHAM HOLIDAY
  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES
  • JAWI HERB SHOP
  • HPA COLLECTION
  • HPA ORGANICS
  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)

Sumber: Harian Metro, 21 Ogos 2009

Tuesday, August 11, 2009

Hotel El-Zahraa da bukak...!!




Hotel El-Zahraa telah pun beroperasi secara rasminya. Tepat jam 11.00 pagi 21 Julai 2009, Hotel El-Zahraa telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Haji Ahmad. Sebelum itu, diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.
El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.
Kemudahan dalam bilik :-
  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini/Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/sejuk
  9. Seterika/papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat

Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

Monday, August 10, 2009

~Perkongsian Ilmu~

Salam semua..Alhamdulillah kelas mingguan HPA cawangan Kajang semalam berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran ahli tidak memberangsangkan tetapi alhamdulillah mereka yang hadir tetap bersemangat..tahniah diucapkan!!

Product knowledge kita pada minggu ini ialah "Herba Senggugut". Herbalis Syifa' telah menerangkan sedikit sebanyak tentang produk ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang herba senggugut. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada kita semua, InsyaAllah.-75 KAPSUL
-HARGA AHLI : RM16
-BUKAN AHLI : RM20
-NILAI MATA : 8

Apa itu senggugut?? Senggugut juga dikenali sebagai Premenstrual Syndrom atau PMS. Ia merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang mengalami senggugut secara berterusan akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan.

-Senggugut terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Senggugut Primer
  • Kesakitan senggugut ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa
  • Kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin
  • Menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

2) Senggugut Sekunder

  • Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut
  • Senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid
  • Penyakit lain yang tergolong dalam senggugut kedua ini adalah tumor, Kanser Rahim, Fibroid

Terdapat 2 jenis ramuan herba yang telah dimasukkan dalam herba senggugut ini iaitu Radix Hibiscus rosa-sinensis atau Bunga Raya dan Stem Vitex pubescens atau Halban.

-Fungsi bunga raya ialah untuk merawat:

  • Demam
  • Badan terseliuh
  • Batuk
  • Agen yang dapat melicinkan kulit

-Fungsi halban pula ialah:

  • Ramuan lepas bersalin
  • Sakit badan
  • Awet muda
  • Antioksidan
  • Batuk

Keadaan haid yang tidak menentu serta terasa sakit sering dihadapi oleh para wanita. Produk herba senggugut ini amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut dan juga untuk wanita yang gagal mengandung. HERBA SENGGUGUT dapat bertindak menyuburkan hormon astrogen yang diperlukan oleh para wanita . Untuk kesan terbaik amalkannya bersama Paramaria Plus.

Menurut herbalis Syifa', kita boleh mengambil herba senggugut ini sekiranya kita mengalami batuk dan demam sebagai pengganti teh herba dan madulia. Herba senggugut ini juga boleh diambil oleh orang lelaki sekiranya mereka juga mengalami batuk dan demam.

Jadi kepada kaum Adam, jangan takut untuk mengambil produk ini walaupun ia dikhususkan untuk wanita. Hanya 1 sahaja produk yang tidak boleh diambil oleh orang lelaki iaitu PARAMARIA PLUS. Ingat, jangan sesekali mencuba paramaria plus kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda!!

Sunday, August 9, 2009

Antara produk terbaru HPA

Sabun Anti Resdung dan Spirudetox Deodorant (Radix Men,Centella Women,Centella Mild)

Alhamdulillah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita.

Terdapat tiga jenis iaitu:

1. Radix Men(lelaki)

2. Centella Woman

3. Centella Mild.

Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan ogos nanti,InsyaAllah..

Marilah kita sama-sama membeli dan mengguna produk-produk HPA yang dijamin HALAL lagi SUCI..syorkan kepada keluarga, sahabat, jiran dan semua umat ISLAM..HPA boleh!!

Pembukaan 45 cawangan baru menjelang 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi menggenapkan 200 cawangan dan kiosk di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur. Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, di mana setiap PJS perlu mewujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka menambahkan lagi ahli-ahli yang aktif. Amin.

sumber: blog PU

PENCUCIAN & PENGIMBANGAN

PENCUCIAN ( Cleansing )
Prinsip perubatan herba memberi penekanan kepada proses pencucian yang lebih dikenali sebagai proses detoksifikasi. Proses ini memberi penumpuan asas kepada punca penyakit yang disebabkan oleh himpunan toksid yang tinggi. Toksid ini akan berkumpul di dalam hati dan menyebabkan fungsi hati sebagai organ penyingkir racun terganggu. Racun mula diserap ke seluruh organ sehingga merosakkan sel-sel tubuh.
Herba D'DET merupakan resepi pahit yang berfungsi mengembalikan salah satu peranan hati iaitu menyingkirkan keracunan di dalam tubuh. Keracunan dikeluarkan melalui cairan hempedu dan terbuang di saluran usus besar (kolon). Daripada usus inilah racun ditolak keluar jika tidak berlaku sembelit. Resepi D'DET telah diperkuatkan dengan serat yang tinggi daripada SPIRULINA. Kehadiran Spirulina ini sebagai penyapu yang berkesan bagi membuang kotoran yang melekat di dinding usus.

Program detoksifikasi terbahagi kepada 3 peringkat,iaitu :-

Pencucian ===> Pembinaan ===> Pemantapan

Oleh kerana program detoksifikasi memperbaiki fungsi hati (refunction), maka salah satu fungsi yang terpenting turut berlaku di mana gejala "fatty liver" yang berlaku kepada pesakit kardiovaskular atau orang yang obesiti turut terawat. Ini berlaku apabila hati tidak lagi menjadi agen stor lemak tetapi mula membakar dan membuang lemak. LDL (LEMAK JAHAT) diimbangi dengan HDL (LEMAK BAIK) dan berat badan akan semakin berkurangan.

Dalam banyak kajian didapati setiap individu mempunyai berkilo-kilo najis kering yang melekat di dinding usus. Seseorang itu tidak merasai sebarang kesakitan tetapi lama kelamaan akan menyebabkan penyakit dan nutrien dari makanan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akibatnya seseorang yang mengambil makanan yang banyak tetapi tidak bertenaga dibandingkan dengan seorang yang hanya memerlukan sedikit makan dan lebih bertenaga. Ini membuktikan walaupun jumlah makanan yang diambil banyak tetapi nutrien yang boleh diserap terlalu sedikit ataupun sel-sel saraf yang menghantar berita kenyang terganggu dengan adanya timbunan sisa najis di dinding usus. Keadaan ini akan menjadikan kita akan terus makan tanpa merasa kenyang.

Oleh sebab itulah, program detoksifikasi merupakan agenda terawal dalam penjagaan kesihatan. Berpuasa adalah salah satu cara melakukan detoksifikasi yang diajar oleh Islam kerana daripada program inilah akan terhasilnya dasar perubatan iaitu release, rest, regenaration dan refunction. Sesiapa yang menjadi pengamal herba atau herbalis tetapi tidak memberikan penekanan kepada detoksifikasi sesungguhnya dia terkeluar daripada fahaman herbalisma.

Prinsip asas yang perlu diketahui bahawa setiap orang yang mengamalkan herba mestilah bersifat pelawas kerana gejala sembelit merupakan racun pertama di dalam tubuh badan manusia.Sayang sekali banyak pula pengamal yang memberikan herba pelawas tanpa memberikan herba yang berkesan di hati. Tindakan ini seperti menyapu sampah di muka pintu sedangkan sampah di dalam bilik tidak dikeluarkan terlebih dahulu. Herba pahit mesti digunakan. Penggunaan herba pahit memang banyak manfaatnya tetapi penggunaan tanpa sinergi membawa kesan sampingan seperti kerosakan saraf. Pokok hempedu bumi, jika diamalkan berterusan menyebabkan berlakunya impotensi.

sumber: http://hamba66-ramly.blogspot.com/

Thursday, August 6, 2009

RADIX KOKO 1KG

Produk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama. Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:
1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya begitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat di pasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi pesaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA.

Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA di mana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran di negara ini. Gempur Radix Koko!

Berita dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

SIJIL HERBALIS HPA KALI KE-17

Tarikh Program: 11 Oktober - 31 Oktober 2009 (sepenuh masa)

Yuran: RM 2500.00 sahaja

Lokasi Program: Bandar HPA Sungai Petani

Bayaran Yuran: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA). No A/C: 02020010052950.

Borang: http://hpa.com.my/ithpa/herbalis17.doc

Pendaftaran Dibuka Sekarang!

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 04-4419094 / 019-6330727, Fax: 04-4419254

Antara pengisian program:


  • Diagnosis penyakit melalui saraf tapak tangan
  • Lawatan ke ladang herba, kilang HPA
  • Refleksologi
  • Akupunktur
  • Bekam Al-hijamah
  • Iridologi
  • Kiropraktik (rawatan betulkan tulang belakang)
  • Diagnosis Lidah
  • Perubatan JAWI

Antara gambar-gambar Sijil Herbalis kali ke-16










Aiskrim Toyyibah Perisa Keladi HPA..

Aiskrim Toyyibah Perisa Keladi 1.5 liter
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: -

Nilai Mata (NM): 2

Aiskrim Toyyibah Perisa Keladi 500 ml
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 5
Sabah & Sarawak: -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 4
Sabah & Sarawak: -

Nilai Mata (NM): 1

Radix Bakery House dengan rasminya dibuka..

Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.


Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.
Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.
Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdulillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.
Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari alternatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untuk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan alternatif lain.
Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah seluruh Malaysia. InsyaAllah
sumber: DuniaHerbaHpa.com

Khasiat Portulaca..

Panduan/Petua Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Portulaca

Sejenis sayur yang digunakan bagi mengubat peradangan paru paru. Kini diproses dalam bentuk jeruk dan siap dimakan sebagai ulam-ulaman. Nama lainnya ialah Beremi yang tumbuh banyak di daratan mahu pun di persisiran pantai .

Terdapat banyak khasiat portulaca. Antaranya ialah:
  • merawat masalah athma atau lelah
  • merawat masalah radang paru-paru-sangat bagus untuk perokok tegar
  • mengurangkan kolestrol dalam badan
  • mengurangkan risiko barah payudara, kanser prostat dan kanser usus
  • menyembuhkan kesan terbakar dan parut
  • mengurangkan sakit senggugut
  • mengawal darah gemuruh
  • membantu proses penghadaman dan pencernaan makanan
  • mengurangkan demam panas
  • merawat gastrik dan ulser perut
  • merawat kecacingan bagi kanak-kanak
  • sebagai antioksidan-menguatkan imuniti atau daya tahan tubuh
Sesuai untuk semua peringkat umur. InsyaAllah.

1. Portulaca (kapsul)
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM 25.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17.00
Sabah & Sarawak: RM 20.00
Nilai Mata (NM): 7

2. Portulaca (jeruk)
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12.00
Sabah & Sarawak: RM 15.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10.00
Sabah & Sarawak: RM 12.00
Nilai Mata (NM): 3

"DISTRIBUTOR OF THE YEAR" (DOTY) HPA ..

Pengarah Jati Mahkota (PJM) Zaharah Mat Zain dan PJM Hafidzan Fauzi telah dinobatkan sebagai "DISTRIBUTOR OF THE YEAR" (DOTY) HPA yang berlangsung di Dewan MAEPS, Sedang Selangor pada 25 JULAI 2009 yang lalu.

PJM Hafidzan Fauzi bersama ketiga-tiga isterinya, PJE Rahmah, PJE Fatin dan PJE Asmak.

PJM Zaharah Mat Zain bersama suami, PJM Azizan Ahmad

PJM Zaharah adalah isteri kepada Presiden KPU, PJM Azizan Ahmad. Beliau memulakan perniagaan bersama HPA sejak 1996. Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Semenjak bersama HPA, banyak cabaran, rintangan dan halangan yang dilalui dalam mengharungi kehidupan bersama keluarga. Namun dengan semangat dan kekuatan yang ada padanya, semua itu berjaya lalui dan diharungi sehingga berjaya dengan cemerlang bersama HPA.

Sementara itu, PJM Hafidzan Fauzi pula dinobatkan sebagai DOTY lelaki 2009. Beliau mula menceburi perniagaan ini sejak 1997 lagi. Graduan Kejuruteraan Awam ini telah meletakkan jawatan sebagai Kakitangan UPM setelah 14 tahun bertugas dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada HPA. Begitu juga beliau telah mengarahkan isteri pertamanya, PJE Rahmah melepaskan jawatan sebagai Pensyarah UPM dan berjuang bersamanya dalam HPA. Isteri kedua beliau juga seorang graduan lulusan Master of Economic dan isteri ketiganya juga graduan dari UPM.

Semua mereka berpangkat Pengarah Jati Emas (PJE) dan menjalankan perniagaan bersama HPA sepenuh masa. Pengorbanan dan semangat kerja secara berjamaah yang diterapkan dalam keluarga, menjadikan PJM Hafidzan Fauzi berjaya dengan cemerlang bersama HPA. Tahniah!!











Herba HPA dan Influenza A (H1N1)..

DEMAM
Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti di bawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat herba yang perlu dicadangkan.

Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital. Jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba di bawah merupakan kaedah tradisi perubatan jawi untuk jangkitan Virus, namun begitu kepada pesakit H1N1 dapatkan nasihat dari doktor.

1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)

2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.

3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.

4. EQ minda - minum hingga sembuh.

5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.


H1N1
Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:

1. IMT - 3 x 3

2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3

3. Madu Coscinium - 2 x 3

4. Kopi Radix

5. Malac - 2 x 3

6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian, InsyaAllah .
Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

SERANGAN VIRUS
Serangan Virus semakin menjadi-jadi ,demam di sana-sini dan banyak sms yang datang kepada saya bertanyakan pemakaian herba dari serangan virus.Produk terbaik masa kini ialah IMT dan sabun dari tanah liat putih.

IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia akan menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot(serum) untuk racun ular.Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT.Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba.Jika digoncang 300 kali kesannya menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pemasakan kulit yang mati atau baru di oporasi.

Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancong maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.

Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus demam selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.

Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam di mana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.

Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-

1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air

2. Tujuan menyamak

3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.

4. demam panas - sama spt di atas dan disapu di bahagian kepala

5. ketagihan dadah - minum

saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.

Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com










Pusat pentadbiran HPA akan berpindah ke Putrajaya..

Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Ini dinyatakan oleh Tuan Haji Ismail Hj Ahmad Pengarah Urusan HPA ketika merasmikan KONVEK 09 di Dewan MAEP Serdang pada 25 Julai 2009.

Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias. Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:

- Pengajian Islam (Manhal)

- Pengubatan Islam

- Kemahiran / Professional

sumber: blog KPA

Benarkah serbuk akar kayu merbahaya kepada kesihatan??

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang psikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum madu berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

sumber: Blog KPU

Produk Baru Hpa..

Aiskrim perisa "Vanila & Roselle Radix Ripple"


Aiskrim perisa "Vanila & Kopi Radix Ripple"

Wajah baru Kopi Radix Papan

Deodorant radix men centella
Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu :

1. Radix Men(lelaki)

2. Centella Woman

3. Centella Mild

Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan dijangka akan berda di pasaran pada pertengahan ogos nanti. Terima kasih kepada semua ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi mewujudkan produk alternatif selagi ada kemampuan.InsyaAllah.

Produk baru yg akan berada di pasaran

Banyak produk baru yang akan berada di pasaran seperti:

1. Aiskrim dari pelbagai jenis

2. produk daripada ayam seperti nugget,sosej,burger

3. Sardin

4. produk kosmetik

5. pelbagai jenis pencuci

6. coklat dari pelbagai jenis

7. kuih daripada kacang bermadu

8. album nasyid 1

9. mee kering

Produk yang baru dijual seperti ikan kering tanpa pengawet juga mendapat pemintaan yang tinggi. Kalau mampu kita akan pastikan produk dari yang paling kecil sampailah kereta kita mampu keluarkan. Amin.