Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Monday, August 10, 2009

~Perkongsian Ilmu~

Salam semua..Alhamdulillah kelas mingguan HPA cawangan Kajang semalam berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran ahli tidak memberangsangkan tetapi alhamdulillah mereka yang hadir tetap bersemangat..tahniah diucapkan!!

Product knowledge kita pada minggu ini ialah "Herba Senggugut". Herbalis Syifa' telah menerangkan sedikit sebanyak tentang produk ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang herba senggugut. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada kita semua, InsyaAllah.-75 KAPSUL
-HARGA AHLI : RM16
-BUKAN AHLI : RM20
-NILAI MATA : 8

Apa itu senggugut?? Senggugut juga dikenali sebagai Premenstrual Syndrom atau PMS. Ia merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang mengalami senggugut secara berterusan akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan.

-Senggugut terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Senggugut Primer
  • Kesakitan senggugut ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa
  • Kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin
  • Menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

2) Senggugut Sekunder

  • Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut
  • Senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid
  • Penyakit lain yang tergolong dalam senggugut kedua ini adalah tumor, Kanser Rahim, Fibroid

Terdapat 2 jenis ramuan herba yang telah dimasukkan dalam herba senggugut ini iaitu Radix Hibiscus rosa-sinensis atau Bunga Raya dan Stem Vitex pubescens atau Halban.

-Fungsi bunga raya ialah untuk merawat:

  • Demam
  • Badan terseliuh
  • Batuk
  • Agen yang dapat melicinkan kulit

-Fungsi halban pula ialah:

  • Ramuan lepas bersalin
  • Sakit badan
  • Awet muda
  • Antioksidan
  • Batuk

Keadaan haid yang tidak menentu serta terasa sakit sering dihadapi oleh para wanita. Produk herba senggugut ini amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut dan juga untuk wanita yang gagal mengandung. HERBA SENGGUGUT dapat bertindak menyuburkan hormon astrogen yang diperlukan oleh para wanita . Untuk kesan terbaik amalkannya bersama Paramaria Plus.

Menurut herbalis Syifa', kita boleh mengambil herba senggugut ini sekiranya kita mengalami batuk dan demam sebagai pengganti teh herba dan madulia. Herba senggugut ini juga boleh diambil oleh orang lelaki sekiranya mereka juga mengalami batuk dan demam.

Jadi kepada kaum Adam, jangan takut untuk mengambil produk ini walaupun ia dikhususkan untuk wanita. Hanya 1 sahaja produk yang tidak boleh diambil oleh orang lelaki iaitu PARAMARIA PLUS. Ingat, jangan sesekali mencuba paramaria plus kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda!!

No comments:

Post a Comment