Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Saturday, August 22, 2009

Kiosk HPA pertama di Hotel De Palma Ampang!!

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 20 Ogos 2009, kiosk pertama HPA telah dibuka dengan rasminya di ruang legar Hotel De Palma Ampang.

Majlis perasmian yang dihadiri lebih 150 orang di dewan utama hotel tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohamad Faisol Abdul Rahman.

Inilah antara gambar-gambar yang telah dirakamkan buat tatapan anda semua..:)
Hotel De Palma Ampang merupakan hotel pertama yang ingin mengamalkan syariah dalam pengurusannya. Semua makanan yang disediakan di hotel ini terjamin halal dan bersih. HPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hotel De Palma Ampang atas kesudian dan kepercayaan mereka membenarkan pembukaan kiosk produk halal HPA di lobi hotel. Kita berharap agar usaha murni ini dapat dicontohi oleh hotel-hotel lain.
Semoga lebih banyak kiosk seperti ini akan dibuka..Amiin..HPA boleh!!

No comments:

Post a Comment