
Hotel El-Zahraa telah pun beroperasi secara rasminya. Tepat jam 11.00 pagi 21 Julai 2009, Hotel El-Zahraa telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Haji Ahmad. Sebelum itu, diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.


- Bilik berhawa dingin
- LCD TV
- Siaran Astro
- Wifi
- Telefon
- Bar mini/Peti sejuk
- Cerek
- Air panas/sejuk
- Seterika/papan
- Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
- Produk HPA
- Bantal dan selimut tambahan
- Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment