DEMAM
Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti di bawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat herba yang perlu dicadangkan.
Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital. Jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba di bawah merupakan kaedah tradisi perubatan jawi untuk jangkitan Virus, namun begitu kepada pesakit H1N1 dapatkan nasihat dari doktor.
1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.
HPA - Harapan Paling Akhir.
H1N1
Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu Coscinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba
Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian, InsyaAllah .
Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.
SERANGAN VIRUS
Serangan Virus semakin menjadi-jadi ,demam di sana-sini dan banyak sms yang datang kepada saya bertanyakan pemakaian herba dari serangan virus.Produk terbaik masa kini ialah IMT dan sabun dari tanah liat putih.
IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia akan menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot(serum) untuk racun ular.Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT.Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba.Jika digoncang 300 kali kesannya menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pemasakan kulit yang mati atau baru di oporasi.
Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancong maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.
Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus demam selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.
Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam di mana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.
Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-
1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak
3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas - sama spt di atas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah - minum
saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.
Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com
33 días (2014) Online Streaming
9 years ago
No comments:
Post a Comment