PENCUCIAN ( Cleansing )
Prinsip perubatan herba memberi penekanan kepada proses pencucian yang lebih dikenali sebagai proses detoksifikasi. Proses ini memberi penumpuan asas kepada punca penyakit yang disebabkan oleh himpunan toksid yang tinggi. Toksid ini akan berkumpul di dalam hati dan menyebabkan fungsi hati sebagai organ penyingkir racun terganggu. Racun mula diserap ke seluruh organ sehingga merosakkan sel-sel tubuh.
Herba D'DET merupakan resepi pahit yang berfungsi mengembalikan salah satu peranan hati iaitu menyingkirkan keracunan di dalam tubuh. Keracunan dikeluarkan melalui cairan hempedu dan terbuang di saluran usus besar (kolon). Daripada usus inilah racun ditolak keluar jika tidak berlaku sembelit. Resepi D'DET telah diperkuatkan dengan serat yang tinggi daripada SPIRULINA. Kehadiran Spirulina ini sebagai penyapu yang berkesan bagi membuang kotoran yang melekat di dinding usus.
Program detoksifikasi terbahagi kepada 3 peringkat,iaitu :-
Pencucian ===> Pembinaan ===> Pemantapan
Oleh kerana program detoksifikasi memperbaiki fungsi hati (refunction), maka salah satu fungsi yang terpenting turut berlaku di mana gejala "fatty liver" yang berlaku kepada pesakit kardiovaskular atau orang yang obesiti turut terawat. Ini berlaku apabila hati tidak lagi menjadi agen stor lemak tetapi mula membakar dan membuang lemak. LDL (LEMAK JAHAT) diimbangi dengan HDL (LEMAK BAIK) dan berat badan akan semakin berkurangan.
Dalam banyak kajian didapati setiap individu mempunyai berkilo-kilo najis kering yang melekat di dinding usus. Seseorang itu tidak merasai sebarang kesakitan tetapi lama kelamaan akan menyebabkan penyakit dan nutrien dari makanan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akibatnya seseorang yang mengambil makanan yang banyak tetapi tidak bertenaga dibandingkan dengan seorang yang hanya memerlukan sedikit makan dan lebih bertenaga. Ini membuktikan walaupun jumlah makanan yang diambil banyak tetapi nutrien yang boleh diserap terlalu sedikit ataupun sel-sel saraf yang menghantar berita kenyang terganggu dengan adanya timbunan sisa najis di dinding usus. Keadaan ini akan menjadikan kita akan terus makan tanpa merasa kenyang.
Oleh sebab itulah, program detoksifikasi merupakan agenda terawal dalam penjagaan kesihatan. Berpuasa adalah salah satu cara melakukan detoksifikasi yang diajar oleh Islam kerana daripada program inilah akan terhasilnya dasar perubatan iaitu release, rest, regenaration dan refunction. Sesiapa yang menjadi pengamal herba atau herbalis tetapi tidak memberikan penekanan kepada detoksifikasi sesungguhnya dia terkeluar daripada fahaman herbalisma.
Prinsip asas yang perlu diketahui bahawa setiap orang yang mengamalkan herba mestilah bersifat pelawas kerana gejala sembelit merupakan racun pertama di dalam tubuh badan manusia.Sayang sekali banyak pula pengamal yang memberikan herba pelawas tanpa memberikan herba yang berkesan di hati. Tindakan ini seperti menyapu sampah di muka pintu sedangkan sampah di dalam bilik tidak dikeluarkan terlebih dahulu. Herba pahit mesti digunakan. Penggunaan herba pahit memang banyak manfaatnya tetapi penggunaan tanpa sinergi membawa kesan sampingan seperti kerosakan saraf. Pokok hempedu bumi, jika diamalkan berterusan menyebabkan berlakunya impotensi.
sumber: http://hamba66-ramly.blogspot.com/
33 días (2014) Online Streaming
9 years ago
No comments:
Post a Comment