Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Tuesday, June 9, 2009

Vaksin laktosa halal




KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui vaksin anti meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah kerana ia dari sumber laktosa (gula yang terkandung dalam susu).
Kosmo! difahamkan, vaksin yang digunakan di negara ini ialah vaksin ACYW 135 jenama Mencevax dari Belgium dan bukan jenis Monomune yang diharamkan kerana ada unsur babi.
Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.
Sementara itu, Lembaga Tabung Haji menjelaskan vaksin yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini juga telah diputuskan halal oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali Ke-53 pada 2002.
Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, Abdul Rashid Hussein berkata, vaksin anti meningococcal meningitis itu juga mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Kedua-dua badan itu (jawatankuasa fatwa dan KKM) juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah bebas daripada sumber haram dan bukan daripada sumber haiwan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar Batam Pos Indonesia yang melaporkan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji kerana mengandungi enzim babi.

No comments:

Post a Comment