Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Tuesday, June 9, 2009

UMAT ISLAM DIDERA DAN DIBERI MAKAN BABI OLEH MAJIKAN


KUALA LUMPUR: Lima tahun selepas negara dikejutkan kes penderaan Nirmala Bonat, semalam seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didera kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, berjaya menyelamatkan diri.Siti Hajar, 33, dari Jawa Barat ditemui dalam keadaan lemah dan kesan kecederaan oleh seorang pemandu teksi berdekatan rumah majikannya di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di sini, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum menghantarnya ke Kedutaan Besar Indonesia.Siti memberitahu pegawai kedutaannya, dia didera majikannya, seorang ibu tunggal beranak dua berusia 44 tahun sejak mula bekerja dengannya pada 2006.Majikan Siti yang datang ke kedutaan selepas diajak berbincang mengenai kes itu juga dikatakan mengaku melakukan penderaan, termasuk menyimbah air panas ke muka dan badannya.Pihak kedutaan kemudian menyerahkan wanita itu kepada polis.Bercakap pada sidang media di sini, malam tadi, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, menyifatkan perbuatan majikan itu amat kejam dan mahu pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan undang-undang serta menghukum mereka yang melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu. “Kami terkejut melihat dengan keadaan Siti dan terus menghubungi majikannya untuk mendapatkan kepastian.“Majikannya tiba dua jam kemudian dan hasil perbincangan dengannya, wanita itu mengaku mendera Siti menggunakan air panas dan memukulnya, malah gajinya RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar selama tiga tahun.“Selain diseksa, Siti juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi.“Kami sudah menghantar Siti ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan,” katanya. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan penahanan seorang peniaga wanita kerana disyaki mendera pembantu rumahnya dan dijangka ditahan reman, pagi ini.Pada Mei 2005, Nirmala Bonat, 19, yang cedera teruk seluruh badan, termasuk kedua-dua buah dadanya ditekap dengan seterika panas sehingga melecur, berkudis dan bernanah oleh isteri majikannya, juga diselamatkan orang awam.Pada November 2008, suri rumah, Yim Pek Ha, 40, dihukum penjara 18 tahun selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan mencederakan Nirmala menggunakan seterika dan air panas.Dalam kes berasingan, seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri dari rumah majikannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Setapak di sini, Jumaat lalu, juga mendakwa didera termasuk dipaksa tidur dalam tandas dan diberi makan nasi dicampur sabun serta minyak, sejak lapan bulan lalu.Mangsa berusia 22 tahun itu melarikan diri dengan bantuan jiran majikannya, selepas ditemui dalam keadaan lemah, lebam dan cedera di seluruh badan.Sumber memberitahu, dalam tempoh itu mangsa mendakwa dipukul dengan batang penyapu, garpu, senduk dan dibelasah tanpa belas kasihan.“Setiap kali majikan keluar rumah atau keluar kerja, mangsa akan dikurung dalam bilik air. Dia juga dipaksa tidur dalam tandas atau atas lantai simen dapur tanpa alas,” katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment