Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Friday, June 5, 2009

Obesiti dan buah-buahan

Kenapa terjadinya obesity?

Salah satu sebab berlakunya obesity ialah makan pada lewat-lewat malam.
Ini sering terjadi kepada mereka yang sering mengisi program pengajian atau ceramah. Apabila tamat program tersebut pihak panitia akan menyediakan makanan kepada penceramah dan jika ini berterusan ia akan menyebabkan berlakunya obesiti.

Di sudut teorinya jika anda mampu untuk mengantikan makanan malam dengan buah-buahan dan sayur-sayuran,InsyaAllah berat tubuh anda juga akan semakin ringan.Teori ini akan dapat dibuktikan dalam tempoh masa 45 hari .

Bagaimana dengan riadah?

Paling mudah riadah bagi orang yang obesity ialah berjalan cepat selama 20 minit pada setiap hari. Ia sangat mudah dilakukan tetapi yang susahnya ialah untuk istiqamah. Oleh itu program mengurangi obesity mesti bermula kerana kita memerlukan tubuh yang sehat demi perjuangan yang semakin mencabar.

No comments:

Post a Comment