Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Sunday, June 7, 2009

BIR HALAL KELIRUKAN MASYARAKAT ISLAM


KUALA LUMPUR 12 Mei - Penggunaan istilah bir halal bukan sahaja mengelirukan, malah menyakitkan hati umat Islam, kata Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Salleh Ahmad.Menurutnya, penggunaan istilah tersebut memberi maksud yang buruk dan boleh menimbulkan syak serta prasangka buruk bagi umat Islam yang meminumnya.

''Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera agar isu tersebut tidak dimanipulasikan oleh pihak yang hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaei Ahmad berkata, istilah bir tidak wajar digunakan kerana ia sinonim dengan benda yang memabukkan."Istilah bir halal tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa umat Islam menggemari arak,'' katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah bir kerana dikhuatiri mengelirukan masyarakat Islam.Baru-baru ini, Istak, sejenis minuman malt yang disahkan 100 peratus halal tanpa alkohol diperkenalkan di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Sementara itu, Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, Dr. Azhar Yaakob berkata, istilah bir memang tidak sesuai digunakan bagi benda atau makanan yang halal.''Perkara ini bukan sahaja mengelirukan tetapi dalam ajaran Islam itu sendiri melarang kita daripada menggunakan istilah-istilah yang tidak baik,'' katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah menjelaskan, penggunaan istilah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan."Penggunaan istilah itu seolah-olah salah satu cara halus untuk menghakis nilai dan kesucian Islam itu sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment