Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Monday, June 22, 2009

Info Kesihatan

Jerawat...Seringkali kita dengar orang mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ini. Antara penyebab masalah tersebut yang paling utama ialah disebabkan darah yang mengalir dalam tubuh mempunyai kandungan toksid yang tinggi sehingga toksid tersebut tidak dapat ditapis oleh hati dengan baik. Akhirnya terjadi masalah resdung dan terhasillah symptom resdung pada tubuh individu tersebut. kita sering dengar pepatah 'dari mata turun ke hati, tapi bagi masalah kesihatan macam nie, pepatah 'dari hati naik ke mata@ muka' lebih sesuai...ngeh3...

Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah ini ialah:

  • Gatal-gatal di sekitar rongga pernafasan, contohnya hidung, tekak, telinga
  • Sesetengah individu wajib bersin pagi-tanda resdung
  • Kelemumur yang banyak
  • Jerawat atau jerawat batu di muka, kepala, belakang atau bahagian badan lain
  • Penyakit kulit seperti kudis, kurap dan sebagainya.

Untuk merawat resdung, amalkan beberapa produk HPA seperti coscinium (utama) di sinergikan dengan mega-3, madu (better ambik madu coscinium), roselle.
Tapi masalah jerawat ni kadang-kadang susah nak diatasi, terutama di bahagian muka. Oleh itu, cuba amalkan kaedah ruhiyyah seperti pembersihan hati dari ‘kekotoran’ dengan memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah. Paling penting sekali sebagai pejuang HPA, tundukkan hati supaya usaha kita untuk memperjuangkan produk halal ni ikhlas kerana Allah dan diberkati. (“,)

Lagi UNSUR BABI dalam makanan


Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......



Apa ke benda ni?
Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???



Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!





Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Thursday, June 18, 2009

KULIAH PERUBATAN JAWI


TARIKH: 26 JUN 2009 [JUMAAT]

MASA: 8:30 MALAM

TEMPAT: HOTEL DE PALMA AMPANG

PBC Minggu Ini..!!!

UNTUK TUJUAN PENYELARASAN PENDAFTARAN; HARAP SEMUA PEMIMPIN DAPAT MENGHANTARKAN NAMA-NAMA PESERTA YANG AKAN MENYERTAI PBC DI LOKASI DI ATAS SEBELUM 19 JUN, 2009 KEPADA:

NAMA: PJS ZAINAL AHMAD

NO TEL: 019-288 6641

SEMUA PEMBAYARAN YURAN KURSUS PBC RM180.00 HENDAKLAH DI BUAT KEPADA BENDAHARI KPA ATAU BANK-IN KE AKAUN BIMB:05-058-01-001188-5 (atas nama Siti Habibah Yusof).

SILA BAWA RESIT BANK-IN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN.

Kopi Tiruan



Assalamualaikum.
Apa khabar saudaraku. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin berkongsi
pengalaman berkenaan dgn perkataan "RADIX". Pada 4 Jun 2009 saya ke sebuah
restoran di Tg Rambutan utk makan. Seperti biasa kopi Radix adalah minuman
biasa yg saya minum di kedai tersebut. Apabila minuman sampai, saya pun
minum seteguk. Wah rasanya tidak spt kopi Radix yg biasa. Lalu saya pun
bertanya kpd empunya kedai tersebut. Beliau mengatakan yg kopi radix telah
ditukar kpd packing yg baru (disebabkan oleh berlakunya kopi radix tiruan,
lalu HPA telah menukar packing supaya tidak boleh ditiru).

Saya pun mintaklah dgn tuan punya kedai nak tengok packing baru yg
dinyatakan tu. Manalah tau mmg betul HPA dah tukar. Saya berasa terkejut
apabila melihat packing kopi Radix tersebut (lihat attachment). Apabila
ditanya siapakah yg membekalkan kopi tersebut, dia pun tak tahu. Katanya
Cina yg hantar kat dia. Kilangnya bertempat di Taiping Perak.

Macam-macam bangsa Cina lakukan utk menjatuhkan produk org Islam kita. Yg
sedihnya org Melayu kita yg menjadi mangsa penipuan mereka.

Wallahualam.

Sekian.
Mohd Khamli Bin Saroni
http://mohdkhamli.blogspot.com/

Monday, June 15, 2009

Kursus Bekam Al-Hijamah



Tarikh : 21 Jun 2009
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat :PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN Bt 9 Cheras, Selangor
Herbalis : PJS Hj Ramly Ahmad
Bayaran : RM300 - termasuk makan minum, sijil daan satu set lengkap alatan bekam

Keterangan lanjut sila hubungi PJS Ramly Ahmad 013-3713500 atau layari http://hamba66-ramly.blogspot.com/

Datangla beramai untuk mempelajari kaedah perawatan Tibbun Nabawi ini...!!

Wednesday, June 10, 2009

Kekejaman KFC


Saksikan sendiri bagaimana ayam KFC diternak n enak dimakan sehingga menjilat jariii..

Tuesday, June 9, 2009

Vaksin laktosa halal




KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui vaksin anti meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah kerana ia dari sumber laktosa (gula yang terkandung dalam susu).
Kosmo! difahamkan, vaksin yang digunakan di negara ini ialah vaksin ACYW 135 jenama Mencevax dari Belgium dan bukan jenis Monomune yang diharamkan kerana ada unsur babi.
Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.
Sementara itu, Lembaga Tabung Haji menjelaskan vaksin yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini juga telah diputuskan halal oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali Ke-53 pada 2002.
Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, Abdul Rashid Hussein berkata, vaksin anti meningococcal meningitis itu juga mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Kedua-dua badan itu (jawatankuasa fatwa dan KKM) juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah bebas daripada sumber haram dan bukan daripada sumber haiwan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar Batam Pos Indonesia yang melaporkan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji kerana mengandungi enzim babi.

UMAT ISLAM DIDERA DAN DIBERI MAKAN BABI OLEH MAJIKAN


KUALA LUMPUR: Lima tahun selepas negara dikejutkan kes penderaan Nirmala Bonat, semalam seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didera kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, berjaya menyelamatkan diri.Siti Hajar, 33, dari Jawa Barat ditemui dalam keadaan lemah dan kesan kecederaan oleh seorang pemandu teksi berdekatan rumah majikannya di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di sini, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum menghantarnya ke Kedutaan Besar Indonesia.Siti memberitahu pegawai kedutaannya, dia didera majikannya, seorang ibu tunggal beranak dua berusia 44 tahun sejak mula bekerja dengannya pada 2006.Majikan Siti yang datang ke kedutaan selepas diajak berbincang mengenai kes itu juga dikatakan mengaku melakukan penderaan, termasuk menyimbah air panas ke muka dan badannya.Pihak kedutaan kemudian menyerahkan wanita itu kepada polis.Bercakap pada sidang media di sini, malam tadi, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, menyifatkan perbuatan majikan itu amat kejam dan mahu pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan undang-undang serta menghukum mereka yang melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu. “Kami terkejut melihat dengan keadaan Siti dan terus menghubungi majikannya untuk mendapatkan kepastian.“Majikannya tiba dua jam kemudian dan hasil perbincangan dengannya, wanita itu mengaku mendera Siti menggunakan air panas dan memukulnya, malah gajinya RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar selama tiga tahun.“Selain diseksa, Siti juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi.“Kami sudah menghantar Siti ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan,” katanya. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan penahanan seorang peniaga wanita kerana disyaki mendera pembantu rumahnya dan dijangka ditahan reman, pagi ini.Pada Mei 2005, Nirmala Bonat, 19, yang cedera teruk seluruh badan, termasuk kedua-dua buah dadanya ditekap dengan seterika panas sehingga melecur, berkudis dan bernanah oleh isteri majikannya, juga diselamatkan orang awam.Pada November 2008, suri rumah, Yim Pek Ha, 40, dihukum penjara 18 tahun selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan mencederakan Nirmala menggunakan seterika dan air panas.Dalam kes berasingan, seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri dari rumah majikannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Setapak di sini, Jumaat lalu, juga mendakwa didera termasuk dipaksa tidur dalam tandas dan diberi makan nasi dicampur sabun serta minyak, sejak lapan bulan lalu.Mangsa berusia 22 tahun itu melarikan diri dengan bantuan jiran majikannya, selepas ditemui dalam keadaan lemah, lebam dan cedera di seluruh badan.Sumber memberitahu, dalam tempoh itu mangsa mendakwa dipukul dengan batang penyapu, garpu, senduk dan dibelasah tanpa belas kasihan.“Setiap kali majikan keluar rumah atau keluar kerja, mangsa akan dikurung dalam bilik air. Dia juga dipaksa tidur dalam tandas atau atas lantai simen dapur tanpa alas,” katanya di sini, semalam.

Aduan Pengguna kepada PPIM

ADUAN BERTULIS
TARIKH : 3 APRIL 2009

Kami, jemaah surau Al Shakirin Gombak telah menerima berita bahawa terdapat beberapa penapis air tempatan yang mengeluarkan air alkali menggunakan kenister penapis yang menggunakan activated karbon yang berasal daripada tulang binatang yang biasanya daripada lembu dan babi.Antara jenama yang disebut adalah jenama Alken, Amway dan Shaklee. Kami berharap PPIM dapat mengesahkan kebenaran maklumat ini.

p/s : Petikan dari Laman Web Rasmi PPIM.Kepada sesiapa yg ada maklumat,sila email sy ibnu_hajar0716407@yahoo.com