Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Monday, November 9, 2009

Antara bawang dan rokok

Bawang yang dimakan dengan banyak akan mengeluarkan bau yang mengganggu orang lain.

Dari Jabir ra berkata: " Rasulullah SAW melarang memakan bawang bakung dan bawang merah,akan tetapi pada suatu waktu kami memerlukanya sehingga kami memakannya. Lalu beliau bersabda : barang siapa yang memakan hasil dari pohon ini yang menimbulkan bau maka hendaklah ia tidak mendekati masjid kami. Ini kerana malaikat akan merasa terganggu dengan apa-apa yang membuat manusia terganggu"(HR Muslim)

selain daripada bawang terdapat banyak lagi buah-buahan yang mendatang bau yang tidak menyenangkan seperti jering dan petai. Buah durian juga boleh mendatangkan bau kepada sesetengah orang tetapi wangi pada sisi orang lain. Dalam situasi ini pengambilanya juga tidak seharusnya banyak.

Disudut kesihatan buah-buahan merupakan sumber makanan kesihatan yang alami namun bagitu tidak semuanya sesuai terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti pesakit jantung yang sedang mengggunakan ubat pencair darah tidak boleh menggunakan garlic(minyak bawang putih). Bagitu juga dengan buah durian ,tidak boleh diberikan kepada pesakit kencing manis,petai dan jering tidak boleh diberikan kepada pesakit gout dan batu karang.

Kita lanjuti perbincangan ini dengan melihat bau dari mulut orang yang menghisap rokok. Bukan sahaja meninggalkan nakotin pada gigi malah lebih parah ia merosakkan gigi dan paru-paru. Paru-paru mendapat sedutan asap yang mengandungi karbon monoksida,tar,zink phosphid,simulasi najis manusia,alkohol dan beberapa bahan kotor dan beracun. Hampir semua fatwa ulamak menyatakan haram. Di kota-kotak rokok di malaysia di wajibkan meletakan gambar-gambar penyakit akibat daripada rokok.

Kesan daripada rokok inilah hati menjadi keras lantas mereka bukan sahaja tidak kemasjid,tidak menyukai pengajian ugama, tidak menyukai al- Quran malah hati terus keras dan berdegil bagi menerima Islam secara "kaffah". Itulah sebabnya HPA mengharamkan penggunaan rokok kepada warga-warganya. Sejauh mana keberkesanya? mari kita lihat dalam setiap program HPa..InsyaAllah tidak ada orang yang menghisap rokok..

No comments:

Post a Comment