Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Monday, June 8, 2009

AWASI MAKANAN RINGAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA...




SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES. SDN BHD
DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG
JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...

SILA LIHAT Gambar UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU TAK BERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KAT
PLASTIK TU...ADA (E476)

ADA MAKLUMAT LAIN, SILA Komen ...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

SEKIAN, WASSALAM

Berita terkini: Bayaran DIVIDEN

KoWahida membuka semula peluang pelaburan yang telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari ahli koperasi


#Telah diisytiharkan bagi tahun kewangan Disember 2007 adalah 10% (bagi saham pada 30 Jun 2007)

#Telah diisytiharkan bagi tahun kewangan Disember 2008 adalah 14% - Alhamdulillah
(bagi saham pada 30 Jun 2008)

1-Pendaftaran keahlian baru RM10.00, diterima dari pekerja HPA Industries Sdn Bhd atau Pengedar Bertauliah
HPA sahaja.


2-Pelaburan saham samada Saham Permulaan sebanyak RM200.00 atau Saham Tambahan kepada pelabur sediada.

3-Penerimaan saham baru melalui POTONGAN BONUS (Pengedar Bertauliah HPA) atau POTONGAN GAJI (Pekerja HPA).

sumber : Web KoWahida

Sunday, June 7, 2009

BIR HALAL KELIRUKAN MASYARAKAT ISLAM


KUALA LUMPUR 12 Mei - Penggunaan istilah bir halal bukan sahaja mengelirukan, malah menyakitkan hati umat Islam, kata Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Salleh Ahmad.Menurutnya, penggunaan istilah tersebut memberi maksud yang buruk dan boleh menimbulkan syak serta prasangka buruk bagi umat Islam yang meminumnya.

''Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera agar isu tersebut tidak dimanipulasikan oleh pihak yang hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaei Ahmad berkata, istilah bir tidak wajar digunakan kerana ia sinonim dengan benda yang memabukkan."Istilah bir halal tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa umat Islam menggemari arak,'' katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah bir kerana dikhuatiri mengelirukan masyarakat Islam.Baru-baru ini, Istak, sejenis minuman malt yang disahkan 100 peratus halal tanpa alkohol diperkenalkan di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Sementara itu, Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, Dr. Azhar Yaakob berkata, istilah bir memang tidak sesuai digunakan bagi benda atau makanan yang halal.''Perkara ini bukan sahaja mengelirukan tetapi dalam ajaran Islam itu sendiri melarang kita daripada menggunakan istilah-istilah yang tidak baik,'' katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah menjelaskan, penggunaan istilah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan."Penggunaan istilah itu seolah-olah salah satu cara halus untuk menghakis nilai dan kesucian Islam itu sendiri," katanya.

PERBEZAAN ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM

Terdapat kajian yang telah dilakukan dengan melakukan pengeluaran darah dari pembuluh darah (derma darah) dan darah yang dibekam.

Bekam Al Hijamah

  • Darah dikeluarkan dari kapilari (salur darah halus bawah kulit) berbanding dengan arteri
  • Tiada darah putih keluar bersama kotoran berbanding dengan derma darah
  • Mengeluarkan sel-sel yang rosak, kotoran seperti LDL dan zat besi yang berlebihan (talasemia)
  • Tidak mengeluarkan sebarang zat-zat yang masih diperlukan oleh tubuh

Derma Darah

  • Darah dikeluarkan dari pembuluh darah (salur darah besar)
  • Ada darah putih keluar bersama darah merah
  • Mengeluarkan HDL tetapi tidak LDL
  • Mengeluarkan zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh

Pengambilan 120 orang herbalis.

Kini HPA sedang membuka kepada umum bagi pengambilan 120 orang pelajar untuk berkhidmat sebagai herbalis sepenuh masa di semua cawangan HPA. Mereka yang berminat akan menjalani kursus herbalis selama 1 tahun di Institud Teknologi HPA Sungai Petani. Semua pelajar akan mendapat biasiswa sepenuhnya dari tabung pendidikan ITHPA dan syarat pemohonan adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sijil SPM/Diploma/Ijazah.
2. Mempunyai asas pelajaran sains peringkat menengah.
3. Boleh bertugas dimana-mana negeri di Malaysia.
4. Mempunyai minat yang mendalam dalam pengubatan herba.
5. Mempunyai keterampilan diri.
6. Proaktif dan inovasi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi dengan bahagian latihan seperti berikut:-
0193785079 (lutfi),0196330727(Sikin,Azira) . TK

Produk-Produk baru

Alhamdulillah kini sedang beredar produk-produk baru di pasaran:-

1. Rempah ikan dan daging

2. Minyak sahara

3. Lampin pakai buang (diapers)

4. Kicap lemak manis/Lemak masin ( dalam masa terdekat)

5. Ubat Anti lalat

6. Madu coscinium

7. Madu Ardisia.

Semoga semua cawangan adan agen stok dapat memastikan produk tersebut beredar dipasaran. InsyaAllah kita sedang menyiapkan 500 produk menjelang pembukaan HPA Halal Mall.InsyaAllah.

Isu BABI Lagii..



… Ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dalam makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan…

Kod makanan yang mengandungi unsur babi ialah: E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904….

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahu informasi ini kepada saudara kita yang lain.

Kelas Mingguan 8 Jun 2009

Tajuk : Minyak Herba
Herbalis Bertugas : PJS Hj Marjuni Salleh

Datangla beramai2 ke HPA Cawangan Kajang pada malam ini untuk menimba ilmu dalam SPK~siri product knowledge..dan mengetahui info2 terbaru syarikat kita HPA INDUSTRIES SDN. BHD...

Wassalam

Friday, June 5, 2009

Minyak Zaitun dan cahaya

Cahaya petunjuk jatuhnya pada hati dimana hati itu berada di Jantung (jantung hati) bukanya liver atau hepar.
Cahaya itu datang dari unsur minyak walaupun tidak di nyalakan api dia tetap bercahaya (Rujukan surah Nur) dan memberikan tenaga pada jantung.
Pusat energy juga berada pada jantung dan jika jantung itu baik,maka baiklah tubuh badan tersebut.
Jantung berfungsi untuk mengepam darah keseluruh badan membawa bersama oksigen dan zat makanan untuk sel-sel hidup.
Jika jantung lemah bererti aliran darah juga lemah dan tubuh akan lemah keseluruhanya.Tujuan utama pengambilan herba ialah untuk menguatkan jantung agar keharmonian terjadi dan gangguan luar dapat diatasi.

Herba- herba untuk jantung yang terbaik ialah dari semua jenis minyak tetapi perlu hati-hati jika pengambilan berlebihan ,badan akan menggeletar kerana jantung seolah-olah di arah bekerja sambil berlari.

Produk HPA dalam bentuk minyak adalah seperti : omega 3,grapeseed oil,vitamin e alami,garlic,habatul saudak,EPO dll. Kesemuanya memberikan tenaga pada jantung .

Produk HPA dalam bentuk kapsul juga hampir semua mengandungi minyak sari dari kayu teja yang sangat baik untuk kesihatan jantung terutamanya ubat periuk lohard.

Obesiti dan buah-buahan

Kenapa terjadinya obesity?

Salah satu sebab berlakunya obesity ialah makan pada lewat-lewat malam.
Ini sering terjadi kepada mereka yang sering mengisi program pengajian atau ceramah. Apabila tamat program tersebut pihak panitia akan menyediakan makanan kepada penceramah dan jika ini berterusan ia akan menyebabkan berlakunya obesiti.

Di sudut teorinya jika anda mampu untuk mengantikan makanan malam dengan buah-buahan dan sayur-sayuran,InsyaAllah berat tubuh anda juga akan semakin ringan.Teori ini akan dapat dibuktikan dalam tempoh masa 45 hari .

Bagaimana dengan riadah?

Paling mudah riadah bagi orang yang obesity ialah berjalan cepat selama 20 minit pada setiap hari. Ia sangat mudah dilakukan tetapi yang susahnya ialah untuk istiqamah. Oleh itu program mengurangi obesity mesti bermula kerana kita memerlukan tubuh yang sehat demi perjuangan yang semakin mencabar.