Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Friday, September 11, 2009

Liputan sekitar Pelancaran Kiosk Hpa De Palma Ampang








TANYA MIS

Soalan yang sering ditanya kepada MIS (jabatan keahlian HPA)

Nombor.Telefon MIS.
J : -049776805 / 049776804 fax: 049774121 email: mis@hpa.com.my

S : mendapat statement bonus & haraki secara email.

S : Senarai cawangan hpa dan stokis?
J : Boleh diambil dengaan download fail excel di http://hpa.com.my klik menu cawangan

S : Bagaimana gantikan kad id hpa saya yang hilang?
J : Hanya perlu ke cawangan hpa, isi borang dengan bayaran RM5.00.((Mengambil masa 1 bulan disiapkan)

S : Bagaimana ingin dapatkan no id hpa yang lupa?
J : Hanya perlu ke cawangan beri no ic anda kepada staf cawangan.Terus boleh buat belian Produk HPA

S : Bagaimana untuk mendapat senarai donwline?
J : Call -049776805 / 049776804 fax: 049774121 email: yuslina_y@yahoo.com @ awm.mis@gmail.com seeloknya anda mempunyai kemudahan email(boleh guna email cawangan hpa)

S : Bagaimana ingin tahu rangkaian yang aktif?
J : Sila buat belian minima 50NM, pasti menerima statement daripada MIS

S : Bagaimana ingin tukar penaja?
J : Syarat untuk membuat pertukaran penaja. Ahli tersebut mestilah berdaftar pada tahun 2003 atau sebelum sahaja yang dibenarkan.Dan mestilah TIDAK AKTIF/TIDAK MEMBUAT BELIAN LANGSUNG.Untuk memohon tuan/puan Mestilah membuat surat rayuan penajaan semula , isi borang ahli baru dan sertakan salinan ic.Kepilkan ketiga2 nya. hantar ke mis . u/p EN SAHARUDDIN MD ISA.

S : Berapa lama KAD Ahli akan di siapkan?
J :Kebiasaan 2 minggu. Pastikan alamat di isi di borang ahli lengkap. berserta i/c photostat. kebiasaan alamat kampung tiada no rumah menjadi masalah kepada POSMEN untuk hantar kad ahli HPA.

S : Bagaimana Dapatkan Senarai produk?
J :Kini Terdapat 261 produk HPA. Boleh rujuk web.
http://hpa.com.my/produk-hpa

S : Syarat-syarat buka stokis?
J :Ada 3 jenis stokis. Stokis, PSD, Pusat Jualan Dan Pusat Agensi. Syarat rujuk web, http://hpa.com.my/metrohpa/?p=273.

Nota: Pertanyaan tentang MIS boleh rujuk terus ke Cawangan HPA

Insentif Menjelang Idul Fitri

Download Fail untuk print: http://hpa.com.my/berita/insentifaidilfitri.pdf

HPA akan mengadakan Insentif Sempena Aidilfitri berkuatkuasa mulai 1 September sehingga 30 September 2009. Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar HPA seluruh Malaysia.

Syarat kelayakkan:

1. Maintain minima 300 nilai mata sebulan akan mendapat 10% daripada nilai mata.

2. Insentif akan dibayar dalam bentuk baucer ( Cek Dalaman).

Anda boleh gunakan baucer ini untuk mana-mana pembelian produk dan perkhidmatan HPA (RFC/RCH/ROC/El zahra/Radix Bakery)

Sosej Ayam Organik


Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. Dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Selepas ini mungkin akan lahir daging burger ayam organik dan Nugget ayam organik.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

Sunday, September 6, 2009

Radix Oriential Cuisine-chinese foods



Satu lagi fardhu kifayah telah ditunaikan ole HPA!!

Cawangan baru di zon tengah.


5 lokasi baru untuk cawangan di zon tengah telahpun dikenalpasti iaitu :

1. Putrajaya
2. Kelana Jaya
3. Wangsa Maju
4. Jalan Pudu Raya
5. Hutan Melintang.

cadangan tambahan kios di 2 buah masjid iaitu :

1. Kios masjid Kuang
2. Kios Masjid gugusan Manjoi.

Semoga dengan bertambahnya cawangan - cawangan ini akan memudahkan ahli dan agen stok mendapatkan produk yang bilangannya akan menjadi 500 item InsyaAllah. Kini tugas PJS dan leader menjadikan cawangan sebagai tempat pertemuan mingguan bagi program keilmuan peniagaan bersama.

Pencapaian tertinggi - teruskan menggempur pasaran


Alhamdulillah penjualan bulan 7 telah dicatat sebagai rekod pencapaian tertinggi syarikat MLMS HPA. Kita menerima ini dengan penuh rendah diri dan menyedari ini sebagai ujian daripada Allah bagaimanakah kita sewajarnya mensyukuri nikmat ini.

Jualan sudah mencecah 15.5 juta t(ermasuk jualan di Indonesia.). Walaupun kita menghadapi sedikit masalah di Indonesia namun bagitu semua masalah telah dapat diselesaikan dan dijangka penjualan di indonesia akan menjangkau rm3 juta dalam tempoh masa yang terdekat. Jika ini berlaku diikuti dengan peningkatan di Malaysia kemungkinan besar tahun 2009 kita berjaya mencecah 20 juta InsyaAllah.

Terimakasih pada semua yang telah bekerja menghidupkan PBC dan saya sangat terkesan dengan sokongan padu yang diberikan oleh Ahli-ahli semasa KONVEK yang lepas. Semoga cita-cita kita menjadi pengeluar produk halal no 1 di dunia akan berjaya. Amin.

Cawangan baru di Zon selatan


Walaupun ekonomi dunia merudum tetapi peniagaan produk halal menjadi pilihan masakini. Zon Selatan juga merancang pembukaan 10 lagi cawanganya dalam tempoh sebulan dari sekarang iaitu :
1. senawang
2. kuala Pilah
3. Tampin
4. Jasin
5. Air Hitam
6. Larkin
7. Nusajaya
8. Bandar Tenggara
9. Yong Peng
10. Ulu Tiram

Dengan penambahan ini jumlah cawangan di zon selatan akan berjumlah32 cawangan. InsyaAllah. Tahniah juga kerana zon selatan menunjukan peningkatan jualan hampir sejuta ringgit. Kepada semua Ahli dan leader teruskan perjuangan dan luruskan niat.Amin.

RADIX Mee Kuning Kering


Sudah sampainya masanya kita melupakan mee segera dan sewaktu dengannya kerana kini telah ada alternatifnya.
Suatu alternatif terbaik telah muncul ..
Dapatkan segera Radix Mee Kuning Kering keluaran HPA dengan harga RM 3.50 dan NM 0.5 di Pusat Jualan,Stokis2 n Cawangan HPA sekarang sebelum stok kehabisan.Kt cwgn da abes aritu..yg byk lagi kat Pusat Jualan Ulu Kelang!!Cepat..

10 Fakta Tentang Kopi dan 11 Fakta Tentang Kopi Radix Yang Perlu Anda Tahu


Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini. Catatan pendek ini mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.

1. Kopi ditemui oleh kambing

Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.

Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi

Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia

Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%

Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk

Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit

Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks

Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan

Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya

10. Kafein boleh membunuh

Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!

11 Fakta Tentang Kopi Radix
1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.

2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.

3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.

4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)

5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.

6. Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan didalam tubuh.

7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.

8. Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.

9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.

10. Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.

11. Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.

Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua.
Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Artikel asal 10 fakta tentang kopi oleh Mohd Faizal Aziz Editor Majalahsains.com.