Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini. Catatan pendek ini mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.
1. Kopi ditemui oleh kambingKira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.
2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.
3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopiRamai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!
4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimiaUntuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.
5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.
6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantukFakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.
7. Kafein boleh mengurangi rasa sakitMenurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.
8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seksKajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar
9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatanSebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya
10. Kafein boleh membunuhBenar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!
11 Fakta Tentang Kopi Radix
1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh
Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.
2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari
Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.
3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi
Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.
4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya
Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh
Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.
6.
Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan didalam tubuh.
7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana
Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.
8. Kopi radix
tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.
9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana
Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.
10.
Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.
11. Kopi radix juga dapat
mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.
Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua.
Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.
Artikel asal 10 fakta tentang kopi oleh Mohd Faizal Aziz Editor Majalahsains.com.
No comments:
Post a Comment