Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Sunday, July 5, 2009

MATA (Bahagian Mata Hitam)


Lingkaran putih di hujung iris (zon 7)
- Keadaan ini menandakan kandungan kolesterol yang tinggi. Tapak tangan dan hujung jari berwarna merah. Hujung lidah juga berwarna merah dan biasanya individu ini bersifat pemarah.
- Ini disebabkan oleh factor pemakanan dan genetic. Individu yg menggemari makanan berlemak dan berminyak dan makanannya yang tinggi kandungan sodium (spt kicap ) menyumbang pembentukan kolesterol dlm darah.
- Individu yg mendapati gejala penyakit seperti ini perlu mengubah tabiat pemakanan iaitu : makan sayuran n ikan yg direbus, elakkan makanan bergoreng.
- Herba yg dicadangkan adalah Omega 3 & Vitex

Lingkaran hitam di hujung iris (zon 7)
- Keadaan ini menunjukkkan kehadiran asid uric berlebihan (didapati dari makanan laut spt sotong & udang). Ia akan mengakibatkan sakit sendi dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah Gout.
- Rawatan yg paling sesuai digunakan adalah dgn berBEKAM
- Individu yg berbekam, darahnya kelihatan berbuih dah kelihatan berkilat seperti kaca.
- Herba yg dicadangkan adalah Omega 3 & Ardisia..

Lingkaran gelang iris
- Seseorang itu mengalami gangguan tekanan perasaan, semakin byk lingkaran gelang kelihatan bermakna individu tersebut mengalami tekanan yg berpanjangan. Bulu matanya juga lurus ke bawah.
- Rawatan yg dicadangkan adalah dgn membetulkan bahagian tulang belakang (kiropraktik).
- Herba yg dicadangkan adalah Omega 3 & Spirumadu..

Lingkaran biru di hujung iris
- Keadaan ini menandakan terdapatnya masalah perjalanan darah. Ini menyebabkan gangguan bekalan oksigen & mudah mengantuk.
- Herba yg dicadangkan adalah Omega 3 & Malac..

MATA (Bahagian Mata Putih)


Mata Kuning – sekiranya mata putih terdapat warna kekuningan,terdapat 3 tafsiran
- Terdapat jangkitan virus seperti hepatitis. Ini jelas dapat dilihat apabila terdapat bintik putih di atas lidah.
- Keracunan logam berat mengakibatkan rambut gugur, tidak bermaya dan kuku yang pecah-pecah dan keluar darah dari liang roma. Penyakit seperti ini terkenal di kalangan org melayu sebagai ‘santau’..
- Masalah batu hempedu dikesan jika pesakit sering mengalami kelaparan di waktu malam

• Mata Merah - sekiranya mata berwarna kemerahan,terdapat 2 tafsiran
- Kekurangan air atau dehidrasi berlaku kerana kurang pengambilan air,kepanasan serta pengamalan herba diuretic. Tandanya urin yang kuning pekat, sakit kepala, sakit pinggang dan urat biru di tangan.
- Terdapat jangkitan kuman (infeksi) yang ditandai dengan kehadiran selaput putih

Perkongsian..


Salam..sy nak berkongsi sedikit ilmu yg dipetik dari buku keluaran Tn Hj Ismail Ahmad ketika program PIC yg lepas..Rakan sy dr Permatang Badak dapat hadiah percuma mengikuti kursus berkenaan..dptlah sy publish disini sebgai rujukan..Bagi mereka yg belum hadir PBC,belajar la di PBC dulu ataupun kursus iridology anjuran HPA INDUSTRIES SDN BHD.wassalam...

p/s: segala komen sila terus text sy di 013-2579084/017-2539464..

Wednesday, July 1, 2009

Bahaya Fluorida!!



APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

picdew.jpg

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.


EMEL PILIHAN-ALUMINIUM CHLORHYDRAAT DALAM DEODORANTS


Semoga bermanfaat dan mohon diinformasikan kepada teman yg lain…

Bagi yang pernah dapat sebagai reminder.
Artikel ini saya terima dari seorang teman di Belanda, yang
mendapatkannya dari seorang temannya yang masih kuliah dan bekerja di
salah satu rumah sakit di
Rotterdam /Belanda. Artikel ini saya
terjemahkan dari bahasa Belanda kedalam bahasa
Indonesia
, kerana saya
berpendapat, bahwa banyak orang di
Indonesia & Malaysia
perlu membaca ini.

ALUMINIUM CHLORHYDRAAT DALAM DEODORANTS

Aluminium Chlorhydraat, untuk selanjutnya saya singkat menjadi AC.

AC terdapat dalam
Nivea Deodorant
sensitive without alcohol dan juga
dalam
Dove Deodorant Silk Dry (tutup emas), tidak didalam Dove fresh

touch.


Baru2 ini saya menghadiri sebuah seminar tentang kanser payudara. Waktu
session tanya-jawab, saya mengajukan pertanyaan ttg.. mengapa bagian
ketiak adalah tempat dimana paling sering perkembangan kanser payudara
terjadi.

Waktu itu pertanyaan saya tidak bisa dijawab. Selang beberapa waktu,
saya menerima pos, dimana ada keterangan/jawaban atas pertanyaan saya
tsb di atas. Keterangan atau jawaban tsb. ingin saya informasikan kepada anda
semua.

Penyebab utama untuk kanser payudara adalah karena pemakaian produk2
ANTI-TRANSPIRANTEN (= anti keringat /
ANTI PELUH) Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant.


Produk Deodorant sendiri tidak berbahaya.


Mohon periksa bahan2 apa saja yang tertera dikemasan produk2 deodorant
anti-keringat anda dirumah! Bila mereka mengandung AC, SEGERA BUANGLAH,
a.l.
Rexona dan Dove Deodorant.

Coba menggunakan brand2 lain yang tidak mengandung bahan AC ini.

Alasannya adalah sederhana:
Hanya beberapa bagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat2
racun, yaitu bag. belakang lutut, belakang kuping, diantara kaki dan
ketiak. Zat2 racun ini dikeluarkan dalam bentuk keringat.

Produk2 anti-peluh mencegah peluh keluar. Dengan menggunakan
deodorant anti-peluh, zat2 racun tadi tidak bisa dikeluarkan dari
dalam tubuh, melainkan tertumpuk di kelenjar getah bening dibawah
lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di area bahagian atas payudara.


*EMEL INI ADALAH EMEL YANG DISEBARKAN KEPADA UMUM DAN DISIARKAN DI LAMAN WEB PPIM BAGI TUJUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PERBINCANGAN

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar

Perubatan JAWI



Sejarah Perubatan JAWI

Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.

Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.

Pengertian Perubatan JAWI

Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.

A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.

I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.


Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W:

“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.

DOA –> ILMU –> TAWAKAL

Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).

Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.

Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu:

1. Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.
3. Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.
4. Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.
5. Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.

SEBUAH KEJUJURAN…”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)

2. Akupunktur

3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)

4. Urut Refleksologi

5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Nota: Semua kursus berkaitan dengan ilmu perawatan dan diagnosis penyakit akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui website ini. http://www.hpa.com.my/mal.php?page=program

Sejarah PBC

Suasana PBC Yang Pertama Di HQ HPA Industries Sdn Bhd, Arau Perlis

Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.

Program PB asalnya (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan.

Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.

Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

Terkini dari HPA Ilham Holidays Sdn Bhd


Umrah pada bulan Ramadhan 2009 telah dibuka untuk pendaftaran. Kepada ahli-ahli yang berminat sila berhubung dengan HPA Ilham Holidays di talian: 04-448 2717 / 2715. Harga akan diberitahu kelak memandangkan syarikat penerbangan masih belum mengeluarkan senarai harga untuk penerbangan bulan Ogos ke atas. Tarikh dalam perancangan: 22 Ogos hingga 3 September 2009. Jemaah dijangka sampai sehari sebelum Ramadhan dan akan menyaksikan suasana menyambut kehadiran Ramadhan di Tanah Suci, InsyaAllah.

HPA Dapat Anugerah Lagi..



Kali ini dari Kerajaan Negeri Perlis kategori Anugerah Inovasi Jaya yang telah disampaikan oleh Menteri Pertanian, Dato Noh Hj Omar, pada Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Perlis, majlis perasmian ekspo ini telah berlangsung pada hari ini 25 Jun jam 9.30 Pagi di Dewan Warisan Perlis.

HPA telah diwakili oleh En.Abd Ghani, GM R @ D HPA.Manakala Ekspo Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Perlis kali ini akan diadakan di Dataran Dato Sheikh Ahmad,Kangar Perlis. HPA Industries Sdn. Bhd. tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam gerai pameran dan jualan yang akan bermula pada 25 Jun hingga 28 Jun 2009. Ahli HPA di jemput hadir ke tapak pameran