Berpuas hati dengan blog komuniti HPA Kajang?

Thursday, May 21, 2009

Kelas mingguan 11 May 2009

Kaum Hawa turut memberi sokongan..
Kaum Bapak2 tekun mendengar motivasi PJM Hafidzan Fauzi









Kelas mingguan ini dihadiri oleh beberapa PJS..PJS Hafidzan,PJS Zambry,Herbalis Asma, dan beberapa lagi..tajuk pada malam itu ialah FICUS!!



Packaging baru lagii..

Ini dia packaging baru untuk Minuman Herba, Minuman Roselle, Minuman Tropika & Minuman Herba Jawi..Nantikan kemunculannya di HPA Caw Kajang..!!

Dewan Kuliah Dilanda Ribut













Akibat ribut yg melanda Prima Saujana baru2 ini,HPA Caw Kajang juga turut menerima tempias..Maka,kelas mingguan akan ditangguhkan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja2 pembaikpulihan.moga2 kerja2 ini dapat diselesaikan dgn segera..biiznillahi..wassalam


Friday, May 15, 2009

Kelas Mingguan BATAL..!!

Oleh kerana bumbung pejabat cawangan HPA Kajang rosak kerana ribut,kelas mingguan isnin depan ditangguhkan. Kerja2 pembaikan sedang dibuat.Segala kesulitan amat dikesali..Sebarkan pada sekalian komuniti KAJANG..
-PJS Hj Shahir-
+60133839238

Friday, May 8, 2009

Cop MASJID tapi bukan ISLAM punye..




Baru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu dengan penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh tersebut pun menggambarkan seperti ia adalah keluaran orang Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru Cap Masjid

Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna..

Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.


Kisah tasbih, sejadah, kopiah buatan China yang berada di Mekah mungkin boleh diterima lagi kerana kemungkinannya di buat oleh orang Islam China dan sudah semestinya ia bukannya makanan.

Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.

Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.


Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.

Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan Islam di Malaysia.

Serunding BABI..


Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia .

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia , lapor Bernama .

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika , jenama-jenama itu ialah:

Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram

Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)

Abon/dendeng sapi asli cap ACC

Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)

Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta .

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.
Pihak HPA baru mencuba bagi mewujudkan satu pengurusan kedai makan yang tidak menelan kos yang tinggi seperti RFC.Kita namakan kedai ini dengan "Radix Chicken House".

Kesemua produk HPA ada didalam restoran ini seperti:-
1. ayam golek
2. ayam panggang.
3. ayam goreng RFC
2. sate organik
3. Nasi ayam
4. ais krim
5. Nasi itik
6. jagung bakar
7. Jagung cup
8. pop corn
9. Semua jenis minuman HPA dan lain-lain lagi.
Bagi mereka yang membuat lawatan ke kilang HPA,jangan lepaskan peluang singgah di RCH untuk menikmati semua makanan yang dihasilkan dari ladang HPA.Tempahan terus boleh dibuat dengan pengurus RCH en Zamri : 013 4305717.

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

  • Air minuman: Air Mineral HPA
  • Ayam: Ayam Organik HPA
  • Baja: Baja Organik HPA
  • Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
  • Beras: Beras Perang Organik
  • Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
  • Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
  • Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
  • Cecair pencuci pinggan: Wahdah
  • Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
  • Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Fish Ball, Nugget, Burger HPA
  • Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
  • Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
  • Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
  • Kosmetik: Centella White
  • Milo: Radix Koko Minuman
  • Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
  • Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
  • Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
  • Minyak urut: Minyak But-but
  • Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
  • Perencah masakan: Perencah Alami
  • Sabun mandi/ Gel mandian: Sabun Safron/ Susu kambing/ Pegaga/ Cassia/ Whitening/ Men 2 in 1/ Cucumber Bath Gel
  • Sabun pencuci baju: Freesia Plus
  • Sos: Sos Cili, Sos Tomato HPA
  • Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
  • Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
  • Ubat batuk: Madulia
  • Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal(Ubat gigi kanak-kanak)

Lampin Pakai Buang HPA


Petang 29 April 09 lalu, telah berlangsung mesyuarat akhir projek pengeluaran produk terbaru HPA iaitu Babyku Diapers. InsyaAllah, produk ini akan berada dipasaran selewat-lewatnya pertengahan Mei 09. Antara kelebihan lampin pakai buang yang HPA keluarkan ini ialah:
1. Gred terbaik.
2. Satu-satunya lampin pakai buang keluaran Muslim.
3. Pelekat tahan lasak (vikro) yang mampu lekat berulang kali.
4. Leak guard.
5. Penyerapan extra.
6. kain yang berkualiti tinggi.
5 saiz: Newborn, S, M, L dan XL.
Kita meyakini bahawa produk ini akan membantu menyelesaikan satu lagi permasalahan pergantungan kita dengan produk keluaran 'mereka'.
Doakan supaya usaha kita ini dipermudahkan dan diberkati Allah.
Amin.

Restaurant Organic Recipe ROR


Kini muncul pula ROR dengan memperkenalkan "Nasi Ayam Organik" yang sangat lazat rasanya.Disebalik kelazatan dan organik sebenarnya Nasi ayam tersebut menggunakan 2 herba utama iaitu minyak zaitun dan madu HPA.Namun bagitu peniagaan ini sebenarnya sebagai altenatif kepada umat Islam bagi mendapatkan makanan yang segar dan halal.Kebanyakan nasi ayam yang dijual dipasaran menggunakan MSG dan chicken stok(kiub pati ayam).Kiub pati ayam yang digunakan dalam sup belum ada yang halal oleh sebab itulah kewajipan kepada kita meujudkan pilihan halal dipasaran.
Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih.Ini berbeza dengan sup ayam asli dimana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!
ROR terletak sebelah Hotel El zahraa sebaris dengan RFC .